Tuesday, March 1, 2011

ARGAN OIL- PURE OIL SERIES DAN TESTIMONI




TANPA kita sedari, proses prapenuaan sudah bermula seawal usia 20-an lagi akibat pendedahan terhadap pancaran UV matahari, keadaan persekitaran yang tercemar serta proses biologi tubuh.

Ia menyebabkan radikal bebas terbentuk yang merosakkan DNA kulit dan akibatnya, kulit menjadi kering dan terhidrasi, garis halus serta kedutan muncul hingga wajah menjadi kusam selain tidak berseri.


Kini terdapat satu produk organik yang berkesan melindungi kulit daripada semua kesan berkenaan, malah khasiatnya untuk rambut dan kuku juga mengkagumkan.

Tidak seperti produk lain di pasaran, Pure Oil Series 01 adalah 100 peratus minyak argan organik yang sejak ratusan tahun dulu digunakan pakai golongan bangsawan Maghribi untuk kejelitaan tubuh dan dipanggil ‘liquid gold of Morocco’.

Minyak argan mengandungi hampir tiga kali ganda vitamin E berbanding minyak zaitun, essential fatty acids dan komponen istimewa lain seperti antioksida squalene dan spinasterol yang bertindak menambah baik metabolisma kulit bagi menghalang proses penuaan pramatang.

Penggunaan minyak argan membantu mengatasi masalah kulit kering, memudar dan menghilangkan kesan parut jerawat dan jeragat, mengembalikan sinar rambut serta menghilangkan kepingan kelemumur pada kulit kepala.

Dalam masa seminggu, kulit menjadi semakin anjal, parut jerawat semakin pudar serta kedutan dan garis halus berkurangan.

Menurut seorang pengguna dan kini pengedar Pure Oil Series 01, Nora Hashim, masalah jeragat yang dialami terbukti berkurangan dalam masa sebulan saja.

“Jeragat di wajah saya timbul setelah menggunakan satu produk kecantikan dan saya berasa sangat risau. Kebetulan pada masa itu, saya diperkenalkan dengan Pure Oil Series 01, jadi saya pun terus mencuba.

“Kurang dari sebulan, jeragat semakin berkurangan serta kulit makin tegang. Saya juga menggunakannya sebagai pelembap sebelum menggunakan alat solek,” katanya.

Paling menakjubkan apabila wajah kelihatan muda lebih 10 tahun seperti yang dialami sendiri pengguna kami yang berusia 47 tahun.

Minyak argan juga sangat berkesan dalam membasmi masalah jerawat dan kulit berminyak.

Apabila disapukan pada kulit, ia boleh menghalang kelenjar sebum daripada merembeskan minyak secara berlebihan, mengembalikannya ke tahap optimum dan pada masa sama, kandungan antibakteria minyak Argan menghapuskan bakteria yang terdapat di permukaan kulit.

Selain mencantikkan kulit, minyak Argan juga berfungsi merawat masalah kulit yang membebankan termasuk ekzema dan psoriasis.

Simptom penyakit itu seperti kulit terlalu kering, kegatalan yang melampau serta kulit menjadi kemerah-merahan dan terlalu sensitif dapat dirawat atau dikawal.

Jelas sekali terdapat pelbagai khasiat minyak Argan yang tidak ternilai dan hingga kini tiada tandingannya.

Berbekalkan harga berpatutan, apatah lagi ia berasaskan sumber 100 peratus organik tanpa bahan pengawet kimia berbahaya seperti paraben dan pewangi tiruan, tiada yang perlu diragukan kerana ia sesuai untuk semua jenis kulit, termasuklah bayi dan kanak-kanak.

sumber:harian metro online

No comments:

Post a Comment